Assalamualaikum...
Untuk mendalami sesuatu bahasa kita mesti tak boleh lari dari menggunakan kamus... betul tak?? begitu juga bahasa arab ni.. apatah lagi bahasa arab ni adalah satu bahasa yang unik... kenapa?? saya kata camtu sebab ada banyak perkataan arab yang mempunyai banyak maksud.. kalau anda rujuk kamus perkataan
عَيْنٌٌ mempunyai banyak maksud (lecturer saya kata ada 25 maksud).. yang saya tau antara maksud
عَيْنٌ ialah mata, mata-mata, mata air, penyakit 'ain dan lain-lain... oleh itu, berdamping dengan kamus amatlah penting untuk mendalami bahasa arab ni...
Jadi, di sini saya nak bagi tips untuk menyemak kamus bahasa arab.
1. susunan huruf alphabetical arab yang digunakan dalam penyusunan kebanyakan kamus adalah seperti berikut
أ، ب، ت، ث، ج، ح، خ، د، ذ، ر، ز، س، ش، ص، ض، ط، ظ، ع، غ، ف، ق، ك، ل، م، ن، و، هـ، ي، (alah... macam kita menghafal alif ba ta dulu2 .. cuma huruf لا takde... itu dikira ل je..)
2. cari asal kalimah yang hendak dicari: biasanya kalimah asal bahasa arab terdiri dari 3 huruf.. contohnya
مَكْتَبَةٌ kalimah asalnya adalah
كَتَبَ .. so kita kena cari pada huruf
كـ bukan huruf
م3. untuk mengenal pasti kalimah asal kita perlu asingkan huruf-huruf tambahan. huruf-huruf tambahan ini adalah huruf-huruf yang terkumpul dalam perkataan
سألتمونيها iaitu
س،أ،ل،ت،م،و،ن،ي،هـ، dan
ا . Ta' marbuthoh (
ة) sentiasa menjadi huruf tambahan.
contoh dari perkataan
مَكْتَبَةٌ, huruf
مـ dan ta marbuthoh adalah huruf tambahan.. maka kalimah asal adalah
كتب.contoh lain
مِفْتَاحٌ.. huruf
مـ dan
ا adalah huruf tambahan. maka kalimah asal adalah
فتح.
cuba anda cari kalimah asal bagi perkataan
مَدْرَسَةٌ !! mudah saja kan...
harap bermanfaat..
kalau ada masalah sila hubungi saya...
Wassalam..