Blog bermanfaat untuk belajar bahasa arab secara online.. Memberikan contoh penggunaan mufradat (perkataan) di dalam ayat lengkap, serta mengupas tajuk-tajuk berkaitan nahu dan sorof..
Bahasa arab mempunyai keunikan tersendiri dari segi pembahagian jenis-jenis perbuatan. Tidak seperti bahasa melayu, bahasa arab mempunyai tiga jenis perbuatan yang digunakan untuk menggambarkan makna yang telah dan sedang berlaku serta untuk suruhan dilakukan. Dalam hal ini, bahasa melayu adalah lebih mudah digunakan kerana dengan hanya menambah perkataan “sedang” atau “telah” sudah cukup untuk membezakan kedua-dua jenis perbuatan itu. Contohnya, perkataan “makan”
-saya sedang makan (sedang berlaku/مضارع)
-saya telah makan (telah berlaku/ماضي)
-Makanlah! (suruhan/أمر)
Namun, di dalam bahasa arab, tidak cukup dengan hanya menambahkan suatu perkataan untuk menggambarkan perbezaan tersebut. Ada cara khusus untuk itu, yang kita akan bincangkan, insyaAllah.
Telah berlaku
فعل ماضي
Sedang berlaku
فعل مضارع
Suruhan
فعل أمر
فَعَلَ (Telah melakukan)
يَفْعَلُSedang melakukan
افْعَلْ(Lakukanlah)
بَحَثَ(Telah mencari)
يَبْحَثُ(Sedang mencari)
ابْحَثْ (Carilah!)
كَتَبَ (Telah Menulis)
يَكْتُبُ (Sedang menulis)
اكْتُبْ (Tulislah!)
نَظَرَ (Telah Melihat)
يَنْظُرُ (Sedang melihat)
انْظُرْ (Lihat!)
Dengan memerhatikan jadual di atas, ada beberapa kaedah yang dapat disimpulkan, iaitu:
فعل ماضيadalah asal perkataan. Oleh itu, terdapat penambahan / perubahan struktur perbuatan apabila ia diubah ke dalam bentuk فعل مضارعdan فعل أمر.
Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari فعل ماضيkepada فعل مضارعialah:
I.Penambahan suatu huruf khas di depan.
II.Mematikan (ْ)baris huruf kedua.
III.Huruf terakhir berbaris depan (ُ).
Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari فعل ماضي kepada فعل أمرialah:
I.Penambahan huruf alif (ا) / hamzah wasal di depan.
II.Mematikan (ْ)baris huruf kedua.
III.Mematikan (ْ)baris huruf terakhir.
Perhatian: contoh-contoh dan perubahan yang dinyatakan di sini adalah untuk perbuatan yang berasaskan tiga huruf sahaja seperti بَحَثَ dan نَظَرَ . Terdapat perbezaan bentuk perubahan jika perbuatan itu berasaskan empat, lima atau enam huruf contohnya حَوْقَلَ , تَقَاتَلatau اسْتَغْفَرَ.
Mahasiswa Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.. Berharap dapat menyumbang kepada kemajuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.. InsyaAllah..